Oct 6, 2009

Padang.. Oh Padang..!

padang2


Yang Celik


1) Jumlah kematian gempa bumi yang berukuran 7.9 skala Richter Rabu lalu dijangka mencecah beribu-ribu orang setelah mereka yang hilang diisytiharkan terbunuh. PBB melaporkan lebih 1,100 orang telah terbunuh, sementara kerajaan Indonesia meletakkan jumlah kematian sebanyak 603 orang setakat hari ini.


2) Selepas hampir seminggu tragedi gempa bumi berlaku, pasukan penyelamat dan sukarelawan yang sukar mencari mangsa yang tertimbus terpaksa menggunakan kaedah mengesan tompokan minyak dari lemak yang dikeluarkan tubuh mayat yang mulai timbul ke permukaan tanah.


3) Selain ancaman penyakit 'pasca'gempa, bau yang kuat dari mayat reput mula menyelubungi udara di sekitar bangunan-bangunan yang musnah, menunjukkan ramai mangsa telah terkorban akibat tertimbus hidup-hidup. Ada antara mereka sudah putus tangan atau terburai isi perut akibat ditelan muntahan tanah dan lumpur sekurang-kurangnya 30meter dalam.


4) Kebanyakan keluarga penduduk yang datang kebingungan dan seolah-olah tidak percaya kampung terbabit lenyap begitu sahaja berikutan bencana gempa bumi yang dianggap amat dahsyat itu. Sebuah menara telekomunikasi setinggi 20 meter di salah sebuah kampung juga tertimbus sama sekali.



5) Pulau Indonesia untuk dijual; bunyi iklan pada laman web privateislansonline baru-baru ini. Tiga buah pulau tersebut adalah Pulau Makaroni, Pulau Siloinak dan Pulau Kandui yang semuanya terletak di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat yang berada dalam lingkaran gempa bumi aktif.



Yang Jelik


1) Wartawan Indonesia memandang sepi semangat Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) serta pegawai perubatan Malaysia. Apa kerap disiarkan di televisyen dan surat khabar
tempatan hanyalah kehadiran pasukan penyelamat dari Russia, Australia, Amerika dan Jepun.


2) Berduyun-duyun penduduk setempat yang terselamat seolah-olah pelancong asing apabila dilihat lebih gemar menjadi penonton bencana berbanding membantu mangsa yang benar-benar memerlukan bantuan.


3) Pesawat pengangkut C-130 Hercules TUDM dibaling dengan batu dan dihalang mendarat oleh penduduk Padang, ketika cuba melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dilanda gempa bumi itu.


4) Sikap dangkal penduduk tempatan yang terselamat menjadi-jadi dengan kegemaran mereka merakamkan gambar lokasi kejadian dan pemandangan ngeri menggunakan telefon bimbit.


5)Tidak terdapat satu prosedur standard ditetapkan dalam menangani bencana di Indonesia walaupun republik ini sering ditimpa bencana khususnya gempa bumi. Keadaan itu menyebabkan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa gagal diselaraskan dengan baik.






*[[padang photos]]

0 komen:

 

Copyright © Arzlie-Alya. Designed by Whitey Mommy