Dec 17, 2013

Rejection-Rejection Biasa "Orang Kita"

  • SIMPANAN SAYA SUDAH MENCUKUPI

Apakah sebab anda membuat simpanan?
Untuk Persaraan ?
Untuk mengerjakan Haji?
Untuk Melancong?
Bagaimana sekiranya anda diserang penyakit kritikal atau meninggal dunia?
Adakah isteri dan anak-anak anda dapat meneruskan kehidupan dengan berbekalkan wang simpanan anda? Atau adakah wang simpanan anda terpaksa digunakan untuk membiayai kos rawatan hospital atau lebih malang lagi terpaksa membayar hutang ? tanpa perlindugan diri dan keluarga, wang simpanan amda pasti terjejas. Kekayaan akan menyusut, anda terpaksa menukar gaya hidup anda.

Tetapi dengan takaful pula,akan menglindungi asset dan wang simpanan anda. Segala kos rawatan hospital akan di tanggung. Takaful juga akan membantu pengaliran wang ke akaun simpanan anda.
  • TAKAFUL MAHAL

Pelan Takaful adalah serendah RM100 sebulan atau kurang dari RM3.40 sehari. Kematian atau sakit kritikal boleh menyusutkan kekayaan seseorang dengan segera. Anda tidak rugi dengan kebarangkalian. Sekiranya anda meninggal, orang tanggungan anda mendapat wang lebih dari nilai caruman anda.Sekiranya anda masih hidup di akhir tempoh matang, anda akan mendapat wang simpanan anda.
  • SAYA TAK PERLUKAN TAKAFUL

Adakah benar?
Sekiranya anda tiada tanggungan dan mempunyai sumber pendapatan yang kukuh, statement anda ada kebenarannya.
Sekurang-kurangnya pada masa ini. Sebenarnya anda hanya boleh menyertai pelan takaful apabila anda tidak memerlukannya, kerana apabila anda memerlukannya kemungkinan anda sudah terlambat. Pendapatan anda adalah melalui pekerjaan atau perniagaan . Anda melindungi keluarga anda dengan pendapatan anda. Sekiranya situasi ini, anda memang memerlukan Takaful, Kerana ia bukan sahaja melindungi pendapatan anda tetapi menlindungi keluarga anda daripada masalah kewangan apabila ketiadaan/hilang upaya anda. Sekiranya anda mempunyai keperluan yang jelas berjumpalah dengan ajen takaful professional anda.
  • TUNGGU DULU MASIH ADA MASA

Anda memang sentiasa boleh menunggu tetapi tidak dengan perlindungan diri .Terlalu lama berfikir akan meletakkan risiko kepada orang tanggungan anda. Tiada sesiapa pun hidup selama-lamanya. Semakin anda berumur,risiko juga akan bertambah, bermakna kos Takaful juga akan meningkat harganya. Penyertaan di usia muda adalah lebih murah . Jangan tunggu lagi. Sertailah Pelan Perlindungan diri dan keluarga sekarang.
  • SAYA SUDAH ADA PELAN  PELINDUNGAN  MAJIKAN

Alhamdullillah anda beruntung kerana mempunyai perlindugan dari majikan anda...tetapi ramai juga yang tiada langsung perlindugan dari majikan, kalau adapun mempunyai limit tahunan yang sedikit, tidak cukup untuk menampung kos-kos rawatan yang semakin tinggi di hospital. Bagi pekerja yang mempunyai kelebihan unlimit atau tiada had limit dan juga boleh digunakan hingga selepas persaraan mungkin kos-kos hospital dapat diselesaikan tetapi bagaimanapula dengan kos hidup isteri dan anak-anak selepas anda meninggal dunia atau sakit kritikal/hilang upaya, adakah majikan anda dapat memberi sumbangan sama seperti anda mendapat gaji bulanan, mungkin sedikit sumbangan atau kutipan dari kawan-kawan sepejabat…tetapi adakah ia cukup untuk menampung keluarga anda. di TAKAFUL kami ada. Fikir-Fikirkan.










































Dec 16, 2013

Insurans Untuk Si Kecil Anda....





Pelan pendidikan anak ialah produk yang direka khusus sebagai satu cara menabung untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak anda mencapai umur untuk memasuki kolej (18 tahun dan ke atas). Dana ini boleh digunakan bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Dengan pelan ini, anak mendapat perlindungan insurans dan ibu bapa atau penjaga merupakan pemegang polisi.
Sekiranya anda memilih rider manfaat pembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah meninggal dunia, anak anda akan mempunyai akses kepada dana untuk membiayai perbelanjaan pendidikannya.

Mengapa perlu perancangan awal untuk pendidikan anak?
Kos pendidikan tinggi semakin meningkat, disebabkan sama ada oleh inflasi atau faktor ekonomi lain. Kos yang meningkat boleh mengakibatkan beban kewangan kepada anda apabila anak-anak anda memulakan pendidikan tinggi. Oleh itu, penting bagi ibu bapa merancang lebih awal untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak kerana lagi lebih awal anda membeli insurans, lebih banyak masa untuk wang anda berlipat ganda. Pelan ini menjamin dana yang diperlukan anak anda untuk mendapatkan pendidikan tinggi dan membolehkan anak-anak anda mengejarkan sebahagian daripada matlamat hidup mereka.


Di dalam memilih pelan pendidikan anak, sentiasalah:
Tentukan jumlah wang yang anda mahu ketepikan untuk pendidikan anak anda.
Pastikan anda mampu membayar premium.
Pilih pelan yang memberikan anda kelonggaran agar anda boleh menambah simpanan di masa depan.
Pastikan anda memilih rider manfaat pembayar.



The Ultra Brothers....

Dec 4, 2013

Wordless Wednesday

Tepuk dada...tanyalah iman!

 

Copyright © Arzlie-Alya. Designed by Whitey Mommy