Jul 27, 2013

Apakah Sebenarnya Co-Takaful Itu?


Ko-Takaful bermaksud 'Pengkongsian Kerugian Bersama' antara pemegang polisi dan syarikat Insurans/Takaful. Setiap syarikat insuran/takaful yang menyediakan Medical Card mempunyai pelbagai jenis 'co-takaful' atau 'co-payment insurance'. Pastikan ejen anda memberikan maklumat yang terperinci dan tepat berkenaan 'co-takaful' atau 'co-payment' kerana ianya berbeza mengikut terma dan syarat.

Di PruBSN pula, bagi penggunaan Medical Card PruBSN untuk manfaat Hospital & Pembedahan (kecuali caj bilik & penginapan), peserta hanya perlu membayar 10% (iaitu minimum RM300.00 dan maksimum RM1,000.00.) daripada jumlah bil rawatan yang layak kepada hospital, manakala pihak Prudential BSN Takaful akan membayar selebih bakinya.

Ringkasan: RM1,000(max) > 10 % > RM300(min)


Contoh:-
1- Kes 1: KANSER
* Jumlah Bil Hospital: RM50,000 (tidak termasuk caj bilik)
* 10% daripada jumlah Bil Hospital = RM5,000
* Peserta bayar pada hospital = RM1,000 sahaja (kerana maksima ko-takaful Medical Card PruBSN adalah RM1,000 dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM49,000) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.



2- Kes 2 : KEMALANGAN
* Jumlah Bil Hospital: RM5,000 (tidak termasuk caj bilik)
* 10% daripada jumlah Bil Hospital = RM500
* Peserta perlu bayar pada hospital = RM500 sahaja (iaitu 10% co-takaful) dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM4,500) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.


3- Kes 3 : DEMAM PANAS
* Jumlah Bil Hospital: RM2,500 (tidak termasuk caj bilik)
* 10% daripada jumlah Bil Hospital = RM2,500
* Peserta bayar pada hospital = RM300 sahaja (kerana minima ko-takaful Medical Card PruBSN adalah RM300 dan baki bil hospital selebihnya (iaitu RM2,200) akan dibiayai oleh Medical Card PruBSN.


**Nota tapakaki: Walaubagaimanapun. kami menyediakan Elaun Hospital (hospital benefits) yang tinggi sehingga RM400 per hari (mengikut pelan) kepada peserta yang bermalam di hospital. Ini adalah sebagai imbuhan untuk menggantikan kos ko-Takaful tersebut. 


HealthEnrich Premier - Enjoy Our Exclusive and Luxurious Accommodation & Treatment Ever!


0 komen:

 

Copyright © Arzlie-Alya. Designed by Whitey Mommy