-
SIMPANAN SAYA SUDAH MENCUKUPI
Apakah sebab anda membuat simpanan?
Untuk Persaraan ? Untuk mengerjakan Haji? Untuk Melancong? Bagaimana
sekiranya anda diserang penyakit kritikal atau meninggal dunia? Adakah
isteri dan anak-anak anda dapat meneruskan kehidupan dengan berbekalkan
wang simpanan anda? Atau adakah wang simpanan anda terpaksa digunakan
untuk membiayai kos rawatan hospital atau lebih malang lagi terpaksa
membayar hutang ? tanpa perlindugan diri dan keluarga, wang simpanan amda
pasti terjejas. Kekayaan akan menyusut, anda terpaksa menukar gaya
hidup anda.
Tetapi dengan takaful pula,akan
menglindungi asset dan wang simpanan anda. Segala kos rawatan hospital
akan di tanggung. Takaful juga akan membantu pengaliran wang ke akaun
simpanan anda.
Pelan Takaful adalah
serendah RM100 sebulan atau kurang dari RM3.40 sehari. Kematian atau
sakit kritikal boleh menyusutkan kekayaan seseorang dengan segera. Anda
tidak rugi dengan kebarangkalian. Sekiranya anda meninggal, orang
tanggungan anda mendapat wang lebih dari nilai caruman anda.Sekiranya
anda masih hidup di akhir tempoh matang, anda akan mendapat wang simpanan
anda.
-
SAYA TAK PERLUKAN TAKAFUL
Adakah benar? Sekiranya
anda tiada tanggungan dan mempunyai sumber pendapatan yang
kukuh, statement anda ada kebenarannya. Sekurang-kurangnya pada masa
ini. Sebenarnya anda hanya boleh menyertai pelan takaful apabila anda
tidak memerlukannya, kerana apabila anda memerlukannya kemungkinan anda
sudah terlambat. Pendapatan anda adalah melalui pekerjaan atau
perniagaan . Anda melindungi keluarga anda dengan pendapatan
anda. Sekiranya situasi ini, anda memang memerlukan Takaful, Kerana ia
bukan sahaja melindungi pendapatan anda tetapi menlindungi keluarga
anda daripada masalah kewangan apabila ketiadaan/hilang upaya anda.
Sekiranya anda mempunyai keperluan yang jelas berjumpalah dengan ajen
takaful professional anda.
-
TUNGGU DULU MASIH ADA MASA
Anda memang sentiasa
boleh menunggu tetapi tidak dengan perlindungan diri .Terlalu lama
berfikir akan meletakkan risiko kepada orang tanggungan anda. Tiada
sesiapa pun hidup selama-lamanya. Semakin anda berumur,risiko juga akan
bertambah, bermakna kos Takaful juga akan meningkat harganya. Penyertaan
di usia muda adalah lebih murah . Jangan tunggu lagi. Sertailah Pelan
Perlindungan diri dan keluarga sekarang.
-
SAYA SUDAH ADA PELAN PELINDUNGAN MAJIKAN
Alhamdullillah anda
beruntung kerana mempunyai perlindugan dari majikan anda...tetapi ramai
juga yang tiada langsung perlindugan dari majikan, kalau adapun mempunyai
limit tahunan yang sedikit, tidak cukup untuk menampung kos-kos rawatan
yang semakin tinggi di hospital. Bagi pekerja yang mempunyai kelebihan
unlimit atau tiada had limit dan juga boleh digunakan hingga selepas
persaraan mungkin kos-kos hospital dapat diselesaikan tetapi
bagaimanapula dengan kos hidup isteri dan anak-anak selepas anda
meninggal dunia atau sakit kritikal/hilang upaya, adakah majikan anda
dapat memberi sumbangan sama seperti anda mendapat gaji bulanan, mungkin
sedikit sumbangan atau kutipan dari kawan-kawan sepejabat…tetapi adakah
ia cukup untuk menampung keluarga anda. di TAKAFUL kami
ada. Fikir-Fikirkan.
|
0 komen:
Post a Comment