gambar sekadar hiasan...
MUNAH baru pulang dari kuliah lewat petang ini. Letih kerana jadualnya sangat penuh. Namun perut yang lapar seolah merengek minta diisi lantaran tidak menjamah apa pun sejak sarapan pagi yang ringkas tadi. Selesai membersihkan diri dan bersolat, Munah mengajak teman sebiliknya Temah keluar mencari makan di kedai-kedai berhampiran.
Kali ini Temah mengajak Munah ke kawasan makanan yang terkenal di tempat mereka. Sengaja untuk merasa masakan di situ katanya. Munah pada mulanya agak keberatan tetapi setelah dipujuk rakannya itu, Munah bersetuju dengan syarat tidak terlalu lewat untuk pulang.
Setibanya di lokasi kedai makan yang terkenal di kawasan itu, kelihatan ramai muda-mudi berkumpul di kawasan makan dan di ruang-ruang lapang tepi jalan. Bergelak ketawa, bergaul lepas bebas antara lelaki dan perempuan. Munah berasa kurang selesa, tetapi kerana ajakan rakannya dia mendiamkan diri sahaja.
Sambil menunggu pesanan, mereka berbual mengenai hal kuliah dan keluarga. Namun sekali sekala perbualan mereka terganggu dengan gelagat remaja berhampiran mereka yang sedang makan dan membuat aksi yang kurang sopan di tengah-tengah khalayak ramai.
Ke mana pergi sifat malu mereka ini, anak-anak muda seperti sudah tiada arah pedoman dalam berkawan, getus Munah dalam hati. Paling malang sekali yang melakukannya adalah saudara-saudara seagama. Lihatlah sahaja di sekeliling masyarakat dewasa ini, ramai anak remaja dan muda-mudi yang begitu tergamak melanggar tata susila dan hukum-hakam Allah. Tidak hairanlah mereka tanpa segan silu berpegangan tangan, malah ada juga yang sanggup berpeluk-pelukan dan bercumbu-cumbuan di khalayak ramai.
Temah menyedari keresahan Munah. Dia juga sebenarnya tidak begitu selesa melihat perkembangan sebegitu. Lantas selepas menghabiskan makanan, mereka beredar dari tempat itu dengan segera. Setibanya di rumah sewa mereka, pantas sahaja Temah membuka perbincangan mengenai apa yang mereka lihat sebentar tadi.
“Munah, aku tahu kau baru dengan semua ini, maklumlah kau pun baru satu semester di sini. Tapi inilah realiti kehidupan kota. Tiada siapa nak sekat perlakuan dan manusia bebas dengan apa yang mereka mahu lakukan. Orang dah bercinta memanglah begitu. Jika ditegur dikata kita tidak terbuka dan berfikiran kolot."
Senario
Hakikatnya, cinta tidak bermakna kita menjadi lemah dan sentiasa akur dengan keadaan. Cinta itu seharusnya mengukuhkan peribadi dan melengkapkan kelompangan diri. Ia tidak seharusnya membutakan mata manusia daripada melihat kebenaran dan kebatilan. Bukankah begitu caranya dalam Islam?
Semestinya seorang remaja perlu tanya pada diri sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.
Hari memperingati kekasih juga misalnya bukanlah budaya orang Islam, dan bukan juga resam orang Melayu atau bangsa lain di negara kita. Tetapi malangnya ramai daripada kita terikut-ikut tanpa menyedari implikasinya.
Matlamat
Ada di kalangan remaja berpendapat bahawa hidup hanya sekali. Kehidupan remaja yang penuh dengan keseronokan dan kegembiraan hanya sekali. Tempoh itu harus digunakan sepenuhnya untuk bersuka-ria, melakukan dan mengalami apa sahaja yang tergerak di hati dan teringin oleh nafsu. Kalau terlajak pun taubatnya kemudian.
Didikan agama yang kukuh dan kawalan daripada ibu bapa mampu menjaga seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang kurang elok. Kadangkala remaja hanya mengikut perasaan, maka ibu bapa juga wajar mengambil tahu akan perubahan tingkah laku dan perasaan anak-anak mereka. Bimbingan daripada mereka amatlah penting dalam mendewasakan pemikiran remaja.
Media dan sekeliling juga mesti membantu peranan ibubapa dalam hal ini. Jangan pula didikan di rumah dan di sekolah bisa diruntuhkan oleh rancangan-rancangan dalam media mereka. Suatu pihak berusaha membina, suatu pihak meruntuhkannya tanpa disedari.
Sejati
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Cinta yang dibina luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari Tuhan. Malah Islam juga menganjurkan setiap Muslim agar mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. Itulah contoh cinta ideal yang sewajarnya diikuti dan diterjemahkan dalam realiti kehidupan Muslim masa kini. Apa yang penting adalah remaja harus menyedari bahawa hakikat cinta hanyalah kepada Allah semata-mata kerana cinta kepada-Nyalah yang akan kekal abadi.
Credit to: Nurul Izzah Sidek @ Utusan Online

0 komen:
Post a Comment