Mar 5, 2010
Kupu-Kupu Syurga (tribute to syafiah humaira)
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan putih bersih. Ibu bapalah yang mencorakkannya.
Kita seringkali mendengar ungkapan ini, melaluinya kita diperjelaskan betapa pentingnya didikan ibu bapa dalam membentuk masa depan anak2 tersayang. Sesungguhnya tersangat beratnya seksaan sekiranya cuai mendidik amanah Allah swt ini.
Sebagai ibubapa kita tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak-anak walau apa jua cabaran sekalipun. Jika tidak, anak-anak akan rosak akidah, keruh akhlaknya seterusnya terumbang ambing dipukul arus zaman. Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru dan tidak tahu memilih mana yang baik dan buruk dalam kehidupan mereka.
Selain itu, janganlah ada antara kita yang cuba untuk tidak mahu menyayangi anak-anak kecil yang istimewa. Contohnya, kanak-kanak terencat akalnya @ tidak sempurna anggotanya. Begitu juga dengan kanak-kanak yang menderita kerana kemiskinan atau penyakit yang kronik.
Nabi Muhammad saw bersabda: "Bukan daripada kumpulan kami mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi anak-anak kecil serta tidak menyuruh dengan perkara yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Sedihnya kita hari ini, ada saudara sesama Islam tidak menyayangi anak kecil. Tambahan pula anak kecil itu adalah darah daging yang datang dari rahim sendiri. Apalah dosa bayi yang dilahirnya kemudian ditinggalkan sehingga menjadi mangsa hurungan semut merah? Apakah pula dosanya bayi yang dilahirkan kemudian dibakar hidup2 atau disumbat dalam lubang tandas? Bagaimanalah getirnya bayi yang tidak terdaya itu diperlakukan sedemikian sementara nadi comel itu masih berdenyut menunggu mati? Nauzubillah..kita sendiri pun tak sanggup untuk menghadapinya. Lain pula ceritanya baru2 ini, apabila kanak2 comel yang baru mengijak usia belasan bulan didera hingga mati oleh orang yang sepatutnya menjaga mereka. Penyeksaan yang dialami cukup tragis; kegagalan buah pinggang, hati yang hancur bahkan patah beberapa tulang rusuk! Dimanalah letaknya akal syaitan bertopeng manusia ini? Yang tergamak melakukan kerdurjanaan ini? Semoga mendapat balasan yang setimpal diakhirat kelak.
Sesungguhnya jika pada zaman jahiliah mereka membunuh anak perempuan kerana khuatir diperkosa atau membawa malang pada mereka. Namun pada masa jahiliah moden ini anak dibunuh kerana keterlanjuran “ibu dan “bapa” nya sendiri. Seharusnya sebagai umat Islam dan warga yang hidup di dalam negara berdaulat dan dalam era pasca-merdeka amat tidak wajar sama sekali wujudnya kes seperti ini. Kita bukannya hidup pada zaman penjajah yang ilmu kemanusiaannya terbatas terutama dalam menginsafi diri sebagai hamba-Nya. Peluang terbuka luas kepada mereka memulakan penghidupan baru yang diredhai Allah dengan menghargai anak sebagai kurniaan Allah. Cukuplah, kembalilah kepada Islam. Hanya Islam sebagai penyelamat ummah.
0 komen:
Post a Comment