Ape HFMD tu??
Penyakit tangan, kaki & mulut merupakan jangkitan yang disebabkan oleh virus Coxsackie A16, enterovirus EV 17 dan enterovirus yang lain. Ia sering menyerang kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Berjangkit ke?
Penyakit ini boleh berjangkit sekiranya terkena bahan yang keluar dari hidung dan tekak, air liur, cecair yang keluar daripada lepuh atau najis mereka yang dijangkiti. Ia juga boleh dipindahkan melalui perkongsian barang seperti alat permainan dan perkakasan. Itulah sebabnya mengapa wabak ini sering berlaku di pusat asuhan kanak-kanak, taska etc. Tetapi, ia tidak merebak melalui haiwan.
Simptom-simptom penyakit HFM?
Ulser mulut pada kanak-kanak terutama sekali di bahagian lidah, gusi dan bahagian dalam pipi.
Lepuh atau ruam pada tangan dan kaki walaupun ia mungkin timbul pada badan dan anggota yang lain. Berlainan dengan cacar air, ruam ini jarang sekali menimbulkan kegatalan.
Apakah cara merawat?
Boleh dikatakan tiada rawatan khas untuk penyakit ini. Cuma rawatan yang diberi adalah untuk mengelakkan demam, sakit belakang dan radang mulut.
Macamana nak cegah?
Amalkan kebersihan diri. Selalu basuh tangan anda sebersihnya terutama sekali selepas keluar dari tandas, menukar lampin bayi atau sebelum menyediakan hidangan dan makan.Sentiasa bersihkan puting bayi, alat mainan dan tempat tidur bayi.Elak pergi ke tempat yang penuh sesak sekiranya berlakunya wabak ini.
Pengendali pusat asuhan kanak-kanak dan pra-sekolah perlu sentiasa membersihkan kawasan yang selalu didiami dan disentuh oleh kanak-kanak dengan menggunakan air dan sabun dan disusuli dengan ubat pembasmi kuman.
keadaan lutut amcar masuk hari ke5
0 komen:
Post a Comment