Aug 8, 2010

Entry Menjelang Ramadhan

6 Perkara yang harus diambil perhatian:-



Pertama:-

Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak keislaman sesorang. Justeru, ponteng solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.



Keduanya:-

Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari.)



Yang ketiga:-

Makan sahur tengah malam kerana malas bangun pagi.
Individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Waktu imsak sebenarnya hanyalah 'lampu amaran oren' demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur.



Nombor empat:-

Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja
Sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu.



Yang kelima:-

Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Realitinya, apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan 'sengaja' didedahkan apabila berjalan dan menaiki tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.



Last but not least:-

Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.
Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya.





Artikel ini dipetik dari: zaharudin.net

0 komen:

 

Copyright © Arzlie-Alya. Designed by Whitey Mommy