Sep 13, 2010
Aidilfitri 1431: pengalaman raya pertama of its sort!
1) Tahun pertama raya setelah memiliki rumah sendiri. Nampaknya kenela ada koleksi kuih raya sendiri (walaupun beberapa balang kuih berjaya dirampok dari rumah umi). Pengajaran: tahun depan kene tempah kuih lebih awal, kalau tidak jamu kuih tunjuk ajela...
2) Tahun pertama meng'sponsor' pakaian rasmi raya untuk seluruh keluarga. Warna Cyan menjadi pilihan setelah beberapa kali membuatkan salesgirl kat gedung kain tu garu kepala. Sabar ye dik~
3) Pertama kali Amcar beraya bersama baju melayu (tahun lepas xde size). Sungguh pandai beliau menggayakannya dan kelihatan sungguh kacak. Tahun depan kita dapatkan sampin pinggang getah & kopiah putih al-falah puler ye?
4) Pertama kali beraya dengan lemang & ketupat tunjuk. Sebelum nie, setiap kali raya wajib ada upacara bakar lemang di malam raya. Tapi tahun ni sudahnya beraya dengan lemang xcukup masak dari gerai tepi hiway. Tahun nie jugak pertama kali beraya tanpa dentuman mercun klcc dek kerana tokan mercun xavailable.
5) Tahun paling singkat beraya dikampung. Hari kamis bertolak pulang dan hari sabtu dah kembali ke penang. Total hampir 600km perjalanan tapi syukur semuanya selamat dan bertuah coz masih melawan arus so tidak tersangkut dalam mana2 major trafik jem.
6) Tahun nie paling awal masuk ofis. Syawal ke-6 dah kembali mengadap pc & workload walaupun sepatotnya masih bercuti sampai minggu seterusnya. Bukan sebab workaholic pun, cuma gara2 tarikh percutian yang terpaksa ditunda.
7) Sejak 27tahun yang lalu, pertama kali raya tanpa kolek duit raya....haish....
0 komen:
Post a Comment