Artikel ini ditulis sempena musim jalan2 cari nasik minyak. Cuti2 sekolah cengini selain sibuk membawa keluarga bercuti2 mesia, xpun sibuk uruskan anak masuk 'jawi' tapi kemuncak segala acara yang berlangsung adalah majlis perkahwinan. Almaklumlah, time tue la anak2 dara nak tunjuk pandai potong bawang, yang si mak2 dara plak time tu jugak nak menyingsing lengan menampakkan harta karun smpai ke siku, kaum lelaki plak lebih bnyak rokok daun dari belanga yg dibasuh..opssss....
Berbalik kepada topix utama. Tak kirala dimana saja majlis berlangsung, di rumah ketua kampung maupun di hotel 5star(keless ke?); matlamat perkahwinan tetaplah sama pada kita yg solat 5waktu nie iaitu antaranya mendapatkan kemuliaan Islam melalui ijab dan kabul. Ya...melalui ijab dan kabul dan bukan macam jawapan anak2 muda skg nie 'kahwin suday...tapi nikah ajee yg belum'. Aduh...sakit jantung bila mendengarnya. Jadi bersempena dengan kembalinya cuti sekolah dan musim kenduri ini, di sini adalah sedikit perkongsian utk diri sendiri dan juga kepada kawan2 sebagai panduan. Sharing is caring kan? Jom kita menghayati sedikit petua dari seorang sahabat! =)
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, dan beriadah bersama. (macam masa mula2 deting dulu laa...)
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami (tapi jgn la smpai kebas lengan si suami..). Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. (kunyahla apa yang patot..)
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.(tapi jgn smpai xbagi suami pegi keje..yg suami plak jgn asyik lepak cekoteaw aje...)
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan. (arini wat rambut repunzel...isok wat rambut mohawk plak...)
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.(umah semiD siap swiming ful pun blm tentu bahagia..)
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. (kenang kembali memori bangku bamboo dan daun pisang..)
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. (9bulan 10hari tue.....)
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (suami jgn nak ikot panas baran dia aje....belajar bersabar).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. (ingat tue...bukan mintak nasihat pada si leha janda berhias @ abang leman duda anak satu)
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri. (asyik2 kelab tanjong aje...)
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung. (lebih baik nari poco-poco dengan anak2 dirumah...)
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
(masa bercinta lembut gigi dari lidah....)
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. (pasnie jgn lupa pakai eyeshadow masa memasak yer...)
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut. ( ye darling bucuk macem...ada apa panggei enje?)
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. (haa...nie dah kes parah nie...)
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri. (kita minum dulu..atau berehat sebentar bersama kit kat)
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga. (yess....i like this one~)
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia. (awas..jgn biarkan suami berhati terlalu muda...)
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. ( adik bila besar nak jadi apa? ...........jadi otomen!)
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. (dah buka ke tabung sspn utk anak anda?)
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan. ( tersangatlah penting.....anda amalkan? )
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya. (...jgn melantak aje asal masuk restoren exklusif..belum tentu halalnya..)
Lagi petua menarik....? tunggu bila penulis ada kelapangan masa dan idea lagi. Selamat beramal. =)
0 komen:
Post a Comment