May 20, 2011

Langkah Amcar - Langkawi 2011



BERSANTAI di tepi pantai sambil menikmati keenakan air kelapa memang mengasyikkan. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dengan pemandangan laut yang luas terbentang cukup mendamaikan.

Kehalusan pasir yang memutih bagaikan membelai kaki tatkala berjalan di pesisir pantai ditambah dengan keseronokan sukan air dan menyaksikan panorama matahari terbenam pastinya menjadi kenangan terindah ketika bercuti di pulau.

- (Cewaah...nie hanya petikan dari artikel Harian metro yang terlupa tarikh publishnya)

Namun, hakikat sebenarnya nak ceritakan perihal bercuti-cuti Mesia di Langkawi dari 20hb - 24hb April harituh; kalau tak silapla... disamping sedikit sebanyak tips melancong di pulau untuk kawan2 sekalian.



*    Krim pelindung sinaran UV. Ketika bercuti di pulau, kita terdedah dengan pancaran matahari yang terik. Justeru, sebelum melakukan sebarang aktiviti sama ada hanya untuk berjalan di pesisir pantai dan mandi laut, sapukan krim pelindung sinar UV pada muka, tangan atau kaki. Sapuan yg lebih diperlukan pada sesiapa yang "suka" mengenakan pakaian yang terdedah ala2 berada dipantai Miami dengan alasan menge"tan"kan kulit..



*    Kaca mata hitam aka monster dog. Selain untuk bergaya, kaca mata hitam sememangnya sangat penting dan perlu dibawa. Dengan sinaran matahari yang terik, ia boleh menghalang pandangan dan mata kita juga akan sakit. Sunglases boleh memelihara mata daripada pancaran cahaya matahari yang sangat terik dan penampilan juga akan lebih terserlah.



*    Pakaian sesuai. Setiap destinasi adalah berlainan. Pakaian yang dibawa juga pastinya tidak sama. Justeru, kalau anda bercuti ke pulau bawalah banyak pakaian daripada fabrik cotton yang sejuk serta lebih santai. 


*    Baju mandi. Pakaian mandi juga jangan dilupakan. Ia sangat diperlukan terutama ketika anda melakukan aktiviti laut terutama ketika mandi atau snorkeling. Materialnya, terpulang kepada anda. Apa yang penting, ia memberi keselesaan kepada anda. Jangan lupa jaga aurat dari pandangan gatal mamat2 jetski!



*    Kasut atau sandal sesuai. Untuk memberi keselesaan kepada anda sepanjang percutian di pulau, bawalah kasut atau sandal yang lebih ringkas dan santai. No high heel ye...


*    Pemain MP3 atau cakera padat (CD). Bagi menambahkan lagi keseronokan bersantai di tepi pantai, alunan lagu pilihan pasti ?menambahkan lagi ?keasyikan. Justeru, ketika bercuti, jangan lupa bawa bersama MP3 yang memuatkan lagu kegemaran anda atau mungkin juga CD. Ia pastinya akan lebih membuatkan percutian anda lebih bermakna. Bagi yg kurang gemar mendengar CD, koleksi buku santai juga boleh dijadikan teman.


*    Aromaterapi. Dengan wangian yang dapat menenangkan fikiran, anda dapat menikmati indahnya pemandangan laut yang lebih mendamaikan. Hilang seketika stress bekerja!



Gambar adalah secara sengaja tidak berkaitan dengan tips yang diberi...utk pengalaman/gambar yang lebih menarik...sila lawati facebook saya=)
Sekian, terima kasih...

0 komen:

 

Copyright © Arzlie-Alya. Designed by Whitey Mommy