Jun 3, 2013

Anda, Tabungan dan dot dot dot


Adakah anda mempunyai simpanan yang mencukupi?

Tujuan kita menyimpan adalah pelbagai seperti persaraan, melancong, pendidikan, umrah/haji dll. Dengan peningkatan kos sara hidup yg tinggi dan kekangan kenaikan gaji yg sedikit (err...tidak sepadan dengan kenaikan kos sara hidup), kadang2 hajat kita menyimpan itu tidak kesampaian.

Ramai juga yang tidak mempunyai simpanan walaupun RM1,000 walaupun setelah bekerja bertahun2. Kadang2 belanjawan negara menjadi defisit apabila terpaksa memperbaharui insurans kereta, terpaksa menukar tayar kereta, terpaksa buat major service dll.

Andaikata sesuatu musibah menimpa anda, adakah keluarga dapat meneruskan kehidupan seperti biasa? Bagaimana pula jika anda didapati sakit kritikal yg memerlukan kos rawatan yang tinggi? Maka sudah tentu simpanan anda pun akan menyusut atau kering kontang.

Takaful akan membantu anda melindungi aset anda dan meneruskan simpanan anda malah memberikan lebih daripada jumlah yang anda simpan...disamping menyelesaikan kos rawatan anda...rugikah begitu?





0 komen:

 

Copyright © Arzlie-Alya. Designed by Whitey Mommy