Jun 1, 2013

Apa itu Insurans? Nasi Lemak Lauk Ayam?


PDF Print E-mail
Insurans ialah sejenis alat kewangan yang anda boleh membeli untuk melindungi anda daripada sebarang kemalangan. Ini bermaksud ia dapat memberikan perlindungan sekiranya sesuatu yang tidak baik terjadi kepada anda, ahli keluarga anda atau barang kemilikan anda.

Bagaimana insurans berfungsi?
  • dengan membayar premium yang rendah, satu syarikat insurans yang berlesen akan membayar pampasan harta barang yang hilang atau rosak bergantung kepada kadar risiko yang ditanggungnya – anda berfaedah apabila sesuatu yang tidak baik berlaku.
  • Bagaimanapun, kejadian tersebut hendaklah berlaku dalam masa lingkungan insurans itu dan sehingga nilai had pampasannya.
  • Industri insurans di Malaysia ialah dikawal oleh Bank Negara Malaysia.
Jenis Insurans
  1. Insurans nyawa (mempertanggungkan anda dan nyawa anda terhadap risiko seperti kematian, kesakitan, ketidakupayaan dan memasuki wad hospital) Contoh seperti:
    1. seumur hidup
    2. jangka masa tertentu
    3. pautan dengan pelaburan
    4. perubatan dan kesihatan
  2. Insurans am (melindungi anda terhadap kerugian akibat daripada pencurian atau kerosakkan kepada harta peribadi pemilikan anda) Contoh seperti:
    1. Motor
      • Ia melindungi motor anda terhadap kecurian, kemalangan atau kebakaran. Jika anda membeli perlindungan pihak ketiga, anda adalah dilindungi terhadap tuntutan yang dibuat kepada anda daripada seorang pihak ketiga untuk kecederaan atau kematian oleh seseorang (pihak ketiga) dan juga sebarang kerugian atau kerosakkan harta pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan anda. Jika anda membeli perlindungan secara menyeluruh, anda mendapat perlindungan yang paling luas, contohnya: pihak ketiga cedera atau mati, harta pihak ketiga rosak atau hilang, dan kerugian atau kerosakkan kepada kenderaan anda sendiri yang disebabkan oleh kemalangan, kebakaran atau kecurian.
    2. Rumah
      • satu polisi kebakaran yang asas hanya melindungi bangunan tersebut terhadap kebakaran, kilat atau peletupan. Satu polisi pemilik rumah boleh meluaskan perlindungan bangunan kepada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh banjir, kebocoran paip dan kemalangan yang lain. Dengan polisi pemilik rumah, barangan dalam rumah seperti perabot, adalah dilindungi terhadap kecurian, banjir dan kebakaran. Polisi ini tidak melindungi kerosakan kepada rumah tersebut.
    3. Perlancongan
      • Ini baik untuk dibeli apabila anda berlancong ke luar negara. Ia melindungi anda terhadap kemalangan yang berkenaan dengan perlancongan, penangguhan kapal terbang, kehilangan beg dalam perjalanan, perubatan dan lain-lain.
    4. Harta peribadi
      • ini melindungi barang seperti komputer, telefon bimbit, komputer riba dan kamera terhadap kehilangan atau kecurian.
Takaful (Takaful ialah perlindungan insurans yang berdasarkan prinsip Shariah).
Terdapat 3 jenis utama takaful am:
  • takaful rumah
  • takaful motor
  • kemalangan diri
Sebelum anda membeli sesuatu insurans
  1. Mengetahui jenis polisi yang anda berancang untuk membeli
  2. Apa yang dilingkungi (berdasarkan kepada keperluan anda dan liputan)
  3. Memilih syarikat insurans
  4. stabil dari segi kewangan
  5. adil dan cepat dalam memproseskan tuntutan
  6. kecekapan dan kesudian untuk menyediakan servis sebelum dan selepas sesuatu kerugian
  7. Syarat-syarat dan perjanjian, termasuk perjanjian yang sedia ada
  8. Keadaan yang boleh anda membuat sesuatu tuntutan
    1. Prosedur untuk membuat sesuatu tuntutan
    2. dokumen yang diperlukan
    3. Cari satu agen insurans yang berlesen
    4. satu agen yang berdaftar dengan PIAM sebelum menjual atau melibatkan diri dalam sebarang perniagaan yang berkaitan dengan insurans.
    5. Mempunyai pengetahuan yang baik tentang produk dan servis yang diperkenalkannya, contoh: syarikat insurans yang diwakilinya
    6. Etika yang kuat dan mampu untuk meletakkan kepentingan pelanggan di hadapan
    7. Cara komunikasi yang baik supaya pelanggan yang membeli insurans tersebut memahami keperluan untuk menunaikan insurans itu, hak dan tanggungjawab yang dicipta oleh kontrak tersebut.


      Ilustrasi sesuai ditonton pada bulan Ramadhan.




      dipetik dari:- http://www.fomca.org.my/kewangan/index.php/insurans/456-apa-itu-insurans

0 komen:

 

Copyright © Arzlie-Alya. Designed by Whitey Mommy