Jun 11, 2013

Kisah Prihatin


BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA - Bayi lima bulan, Muhammad Asyraf Zaili yang menghidap penyakit Hipolglisemia masih memerlukan RM200,000 untuk kos rawatannya di luar negara.

Bapanya, Zaili Dollah, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media, jumlah bantuan yang berjaya dikumpulkan setakat ini adalah RM62,000.


“Doktor memaklumkan anak kami perlu dibawa ke luar negara untuk rawatan pada 16 Jun ini, namun wang yang kami perlukan masih tidak cukup.


“Kami masih mengharapkan keprihatinan orang ramai menghulukan sumbangan bagi membantu anak kami pulih,” katanya.


Zaili berkata, sekiranya jumlah wang masih tidak cukup, dia dan isteri, Rasidah Ardani, 41, terpaksa mencari alternatif lain.


“Kami mungkin terpaksa menjual apa sahaja yang kami ada untuk menampung kos terbabit,” katanya.


Sinar Harian pada 16 Mei lalu menyiarkan kisah Muhammad Asyraf yang memerlukan kos RM250,000 untuk menjalani rawatan yang hanya boleh dilakukan di luar negara.


Muhammad Asyraf menghidap penyakit kekurangan gula dalam darah atau Hipolglisemia sejak lahir dan kini di tahap kritikal.


Orang ramai yang ingin membantu boleh memasukkan sumbangan ke dalam akaun Maybank Rasidah Ardani bernombor 156141307260 atau menghubungi mereka di talian 0199321566 atau 0199882647.


 

0 komen:

 

Copyright © Arzlie-Alya. Designed by Whitey Mommy