Sep 30, 2013

Jom Berenang-renang Ke Tepian?


Bayangkan jika harini anda memerlukan RM50,000 untuk rawatan anak kesayangan anda? Apa yang anda akan lakukan untuk mendapatkan kos rawatan tersebut?


Situasi
*Hospital kerajaan ramai pesakit perlu tunggu berbulan-bulan untuk menerima rawatan
*Hospital kerajaan tidak boleh memilih doktor
*Insurans majikan pula limit hanya RM10,000
*Sebagai ibu/bapa anda inginkan anak cepat sembuh dan mendapat rawatan dari doktor pakar bukan doktor pelatih!
*Di hospital swasta biasanya mereka membuat pemeriksan menyeluruh dan teliti serta tindakan segera dan ini dapat menyelamatkan nyawa anak anda sebelum terlambat

Jadi soalan saya sekali lagi apa yang anda akan lakukan untuk mendapatkan RM50,000 kos rawatan anak anda?

*Gunakan Wang Simpanan? jika ada
*Gadai barang kemas
*Jual Rumah? Berapa lama untuk dapatkan pembeli, jika dapat pembeli dimana pula anda nak tinggal?
*Minta bantuan dari keluarga? Cuba telefon sekarang dan buat2 nak pinjam RM1,000 pada saudara anda lihat reaksi mereka, dan nilailah sendiri senang atau susah meminjam wang dari mereka dan bayangkan orang telefon kita minta duit senang tak kita nak bagi?

Dengan kos sara hidup yang meningkat ini, anda perlu catu perbelanjaan anda dan perkara yang paling penting dan diutamakan adalah plan perlindungan Takaful ia dapat menyelamatkan keseluruhan kewangan anda jika anda ditimpa musibah.

Kakitangan kerajaan dapat rawatan 5star di hospital kerajaan??? *selesanyaa...*

Sakit tak pilih pangkat miskin atau kaya, kerja swasta atau kakitangan kerajaan. Jika sekarang kita masih sihat dan mampu tapi tidak mahu menyimpan sebahagian pendapatan untuk kegunaan ketika sakit kelak, jangan salahkan orang lain yang taknak membantu kita bila telah di timpa musibah nanti.

Jangan menyesal tidak membuat persediaan awal, RM150,RM200,RM250 sebulan begitu sedikit dan berbaloi-baloi jika nak dibandingkan dengan manfaat yang anda akan dapat iaitu kad perubatan bernilai RM600,000 - RM4juta untuk perbelanjaan/rawatan di hospital swasta.
Bukan kita tak mampu sebenarnya....tapi kita cuma kurang kesedaran :)




0 komen:

 

Copyright © Arzlie-Alya. Designed by Whitey Mommy