Sep 11, 2014

Tampil Langsing Macam Fazura?


CARA MENGURANGKAN BERAT BADAN DENGAN SELAMAT.

Rasa lapar boleh dihilang dengan minum air. Ia adalah antara teknik diet yang selamat, iaitu lebihkan minum air dari makanan makanan yang berkarbohidrate.




Bilik Selesa Umpama Hotel Five Star?



Dengan memiliki MEDIKAL KAD, insyaAllah kite mampu memilih situasi B, iaitu rawatan di hospital swasta yg boleh menyediakan manfaat berikut :

1. Bilik yang SELESA
2. Rawatan SEGERA
3. Khidmat Dr Pakar
4. KESELESAAN kpd mereka yg menjaga pesakit
5. Yang paling PENTING, KOS RAWATAN ADALAH PERCUMA


BAGAIMANA nak dapatkan MEDIKAL KAD? Hubungi kami, insyaAllah kami akan membantu anda dapatkannya mengikut kemampuan dan keperluan anda.



Dec 17, 2013

Rejection-Rejection Biasa "Orang Kita"

  • SIMPANAN SAYA SUDAH MENCUKUPI

Apakah sebab anda membuat simpanan?
Untuk Persaraan ?
Untuk mengerjakan Haji?
Untuk Melancong?
Bagaimana sekiranya anda diserang penyakit kritikal atau meninggal dunia?
Adakah isteri dan anak-anak anda dapat meneruskan kehidupan dengan berbekalkan wang simpanan anda? Atau adakah wang simpanan anda terpaksa digunakan untuk membiayai kos rawatan hospital atau lebih malang lagi terpaksa membayar hutang ? tanpa perlindugan diri dan keluarga, wang simpanan amda pasti terjejas. Kekayaan akan menyusut, anda terpaksa menukar gaya hidup anda.

Tetapi dengan takaful pula,akan menglindungi asset dan wang simpanan anda. Segala kos rawatan hospital akan di tanggung. Takaful juga akan membantu pengaliran wang ke akaun simpanan anda.
  • TAKAFUL MAHAL

Pelan Takaful adalah serendah RM100 sebulan atau kurang dari RM3.40 sehari. Kematian atau sakit kritikal boleh menyusutkan kekayaan seseorang dengan segera. Anda tidak rugi dengan kebarangkalian. Sekiranya anda meninggal, orang tanggungan anda mendapat wang lebih dari nilai caruman anda.Sekiranya anda masih hidup di akhir tempoh matang, anda akan mendapat wang simpanan anda.
  • SAYA TAK PERLUKAN TAKAFUL

Adakah benar?
Sekiranya anda tiada tanggungan dan mempunyai sumber pendapatan yang kukuh, statement anda ada kebenarannya.
Sekurang-kurangnya pada masa ini. Sebenarnya anda hanya boleh menyertai pelan takaful apabila anda tidak memerlukannya, kerana apabila anda memerlukannya kemungkinan anda sudah terlambat. Pendapatan anda adalah melalui pekerjaan atau perniagaan . Anda melindungi keluarga anda dengan pendapatan anda. Sekiranya situasi ini, anda memang memerlukan Takaful, Kerana ia bukan sahaja melindungi pendapatan anda tetapi menlindungi keluarga anda daripada masalah kewangan apabila ketiadaan/hilang upaya anda. Sekiranya anda mempunyai keperluan yang jelas berjumpalah dengan ajen takaful professional anda.
  • TUNGGU DULU MASIH ADA MASA

Anda memang sentiasa boleh menunggu tetapi tidak dengan perlindungan diri .Terlalu lama berfikir akan meletakkan risiko kepada orang tanggungan anda. Tiada sesiapa pun hidup selama-lamanya. Semakin anda berumur,risiko juga akan bertambah, bermakna kos Takaful juga akan meningkat harganya. Penyertaan di usia muda adalah lebih murah . Jangan tunggu lagi. Sertailah Pelan Perlindungan diri dan keluarga sekarang.
  • SAYA SUDAH ADA PELAN  PELINDUNGAN  MAJIKAN

Alhamdullillah anda beruntung kerana mempunyai perlindugan dari majikan anda...tetapi ramai juga yang tiada langsung perlindugan dari majikan, kalau adapun mempunyai limit tahunan yang sedikit, tidak cukup untuk menampung kos-kos rawatan yang semakin tinggi di hospital. Bagi pekerja yang mempunyai kelebihan unlimit atau tiada had limit dan juga boleh digunakan hingga selepas persaraan mungkin kos-kos hospital dapat diselesaikan tetapi bagaimanapula dengan kos hidup isteri dan anak-anak selepas anda meninggal dunia atau sakit kritikal/hilang upaya, adakah majikan anda dapat memberi sumbangan sama seperti anda mendapat gaji bulanan, mungkin sedikit sumbangan atau kutipan dari kawan-kawan sepejabat…tetapi adakah ia cukup untuk menampung keluarga anda. di TAKAFUL kami ada. Fikir-Fikirkan.










































Dec 16, 2013

Insurans Untuk Si Kecil Anda....





Pelan pendidikan anak ialah produk yang direka khusus sebagai satu cara menabung untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak anda mencapai umur untuk memasuki kolej (18 tahun dan ke atas). Dana ini boleh digunakan bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Dengan pelan ini, anak mendapat perlindungan insurans dan ibu bapa atau penjaga merupakan pemegang polisi.
Sekiranya anda memilih rider manfaat pembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah meninggal dunia, anak anda akan mempunyai akses kepada dana untuk membiayai perbelanjaan pendidikannya.

Mengapa perlu perancangan awal untuk pendidikan anak?
Kos pendidikan tinggi semakin meningkat, disebabkan sama ada oleh inflasi atau faktor ekonomi lain. Kos yang meningkat boleh mengakibatkan beban kewangan kepada anda apabila anak-anak anda memulakan pendidikan tinggi. Oleh itu, penting bagi ibu bapa merancang lebih awal untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak kerana lagi lebih awal anda membeli insurans, lebih banyak masa untuk wang anda berlipat ganda. Pelan ini menjamin dana yang diperlukan anak anda untuk mendapatkan pendidikan tinggi dan membolehkan anak-anak anda mengejarkan sebahagian daripada matlamat hidup mereka.


Di dalam memilih pelan pendidikan anak, sentiasalah:
Tentukan jumlah wang yang anda mahu ketepikan untuk pendidikan anak anda.
Pastikan anda mampu membayar premium.
Pilih pelan yang memberikan anda kelonggaran agar anda boleh menambah simpanan di masa depan.
Pastikan anda memilih rider manfaat pembayar.



The Ultra Brothers....

Dec 4, 2013

Wordless Wednesday

Tepuk dada...tanyalah iman!

Nov 28, 2013

Premium Pun Boleh Lapse...Bukan Superbike Saja...


Kepada yang ada medical card, sila teruskan membayar premium. Jangan biar sampai lupus atau "lapse". Kita tak tau bila masa kita perlukannya.

Di luar sana ada ramai lagi yg nak ada medical card tapi permohonan mereka ditolak atas pelbagai sebab so hargai peluang yg diberi kepada anda.

Kecuali anda pakai kereta mewah yg pakai "run-flat tyre", sanggupkah anda bawak kereta tanpa tayar spare?


awas....risiko dimana-mana!

Nov 9, 2013

"Siapa Miskin?"


"JANGAN cakap pasal kebaikan beli insurans perubatan dan kesihatan untuk anak-anaklah pada saya. Memanglah insurans ini bagus untuk masa depan dan kecemasan, masalahnya wang untuk belanja makan dan sekolah anak-anak pun saya perit hendak keluarkan setiap bulan," kata seorang lelaki apabila disapa oleh seorang penjual insurans di sebuah restoran di ibu kota baru-baru ini.
Saya yang duduk meja yang berjauhan daripada lelaki yang bertali leher itu pun boleh mendengar rungutan panjangnya di depan kawan-kawannya setelah penjual insurans berkenaan berlalu dengan senyum yang kelat.

Kata lelaki itu, jangan ingat gaji RM5,000 atau RM6,000 sebulan di Kuala Lumpur ini sudah cukup senang. Duit keluar macam air, kena bayar macam-macam dengan pendapatan yang telah dipotong dengan cukai pendapatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), berapalah yang tinggal untuk dia dan keluarganya, inikan pula mahu beli insurans.
Dengan nada bergurau, katanya, dia nampak saja memakai tali leher ke pejabat tetapi sebenarnya hidup susah dan boleh dimasukkan dalam kategori kemiskinan bandar, sambil disambut gelak ketawa oleh rakan-rakannya.
Tambahnya, mereka yang berpendapatan bawah RM3,000, sekurang-kurangnya boleh dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk mengurangkan bebanan hidup selain boleh memohon macam-macam bantuan, tetapi golongan pertengahan sepertinya, susah pun tanggung sendirilah atau 'mengadu' pada bank.

Sememangnya, rungutan seperti ini biasa didengar di mana-mana terutamanya yang tinggal di bandar-bandar. Pendapatan yang mencecah RM6,000 sebulan pun bukan dikira selesa untuk tinggal di bandar. Inikan pula bagi yang berpendapatan di bawah jumlah itu. Semua perlu membayar ansuran bulanan rumah, kenderaan, duit petrol, duit persekolahan anak-anak, makan dan lain-lain keperluan asas.

Bagi yang menyewa rumah di bandar, sewa untuk pangsapuri yang sempit pun sekurang-kurangnya RM700 sebulan dan sekarang ini membawa wang RM50 untuk membeli keperluan dapur di pasar raya, pun tidak memerlukan troli, guna bakul atau pegang sahaja barang-barang itu.
Bukan banyak pun barang yang dapat dibeli dengan jumlah tersebut. Sebabnya, harga barang-barang keperluan selalunya naik dari semasa ke semasa.Tak dibenarkan naik pun, akhirnya naik juga dengan alasan kos pengangkutan, operasi dan lain-lain, mana ada harga barangan yang turun.
Dengan kos sara hidup yang tinggi di bandar, maka sebenarnya tidak banyak bezanya kesusahan dan keperitan yang perlu ditanggung oleh golongan pertengahan dengan yang berpendapatan rendah.
Adakalanya golongan yang berpendapatan rendah yang tidak mempunyai kenderaan dan menaiki kenderaan awam ke mana-mana, lebih boleh menarik nafas lega berbanding golongan pertengahan yang terpaksa membayar ansuran kenderaan dan mengisi petrol setiap bulan, bahkan kena memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan setiap tahun.

Sekiranya dikaitkan golongan pertengahan ini dengan kemiskinan, mungkin ada kebenarannya juga. Sememangnya, takrifan kemiskinan tidak dapat dinyatakan secara tepat dan mutlak kerana ia bersifat subjektif mengikut keadaan dan tempat.

Bagaimanapun secara umumnya, kemiskinan biasanya dikaitkan dengan pendapatan yang sedikit dan ketidakmampuan ketua keluarga dan isi rumah untuk memenuhi keperluan harian.
Dan sekiranya golongan pertengahan ini mengalami keadaan yang sama seperti yang ditakrifkan, maka boleh jadilah juga mereka miskin.

Mengambil kira kepada realiti semasa ini, sewajarnya takrif kemiskinan di negara ini juga disemak semula agar ia benar-benar mencerminkan suasana semasa. Garis kemiskinan kebangsaan ketika ini adalah berdasarkan pendapatan bulanan minimum isi rumah sebanyak RM760 di Semenanjung Malaysia, RM1,050 di Sabah dan RM910 di Sarawak.

Maka satu garis panduan kemiskinan yang lebih realistik perlu diwujudkan supaya kerajaan boleh menggubal dasar-dasar serta program -program yang lebih berkesan dalam menangani masalah berkaitan kemiskinan daripada pelbagai peringkat masyarakat.
Justeru, sudah semestinya, Bajet 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini, adalah juga ditunggu-tunggu oleh golongan pertengahan ini.

Sebabnya, mereka ingin tahu apa langkah-langkah yang boleh mengurangkan kos sara hidup mereka. Golongan ini sepatutnya tidak diabaikan kerana mereka ini ramai dan pembayar cukai yang tinggi.
Dan, ketika negara mahu mengejar status rakyat berpendapatan tinggi, tentunya status itu tidak memberi sebarang makna sekiranya kuasa beli mereka rendah akibat terpaksa menanggung kos kehidupan yang tinggi. Itu belum masuk bab-bab kualiti hidup mereka lagi.





Nov 8, 2013

What KLIFF Islamic Finance Says?



"You don't have to be great to start.but you have to start to be great" ~ Zig Ziglar
 
 

Nov 3, 2013

Taiping Bike Week 2013


"I realized early on that success was tied to not giving up. Most people in this business gave up and went on to other things. If you simply didn't give up, you would outlast the people who came in on the bus with you."-
Harrison Ford Act
On the bike...




Oct 7, 2013

Ejen insurans menjanjikan pendapatan tinggi...!


KAJANG 7 Okt. - Kadar perlindungan insurans dan takaful dalam kalangan rakyat negara ini yang masih rendah, berupaya menjanjikan pendapatan yang baik dalam sektor pekerjaan sebagai ejen insurans.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ketika ini, pendapatan purata bagi seorang ejen insurans sepenuh masa berjumlah RM91,000 setahun.
"Ejen insurans kini merupakan profesion yang semakin digemari kerana menjanjikan potensi pendapatan yang tinggi.

"Malah, terdapat pasaran yang masih belum diterokai sepenuhnya, khususnya di kawasan luar bandar, Sabah dan Sarawak," katanya selepas merasmikan Simposium Insurans dan Takaful Antarabangsa 2013 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia, Khadijah Abdullah dan Dekan Fakulti Sains Dan Teknologi UKM, Prof. Dr. Sahrim Ahmad.

Kadar perlindungan insurans dan takaful di Malaysia ketika ini ialah 42 peratus.
Ahmad berkata, negara menyasarkan kadar tersebut dinaikkan kepada 75 peratus pada tahun 2020, seiring dengan hasrat Malaysia menjadi negara maju.
Tambahnya, kadar perlindungan yang masih rendah itu berkait rapat dengan kurangnya kefahaman rakyat mengenai perlindungan.

Jelasnya, perlindungan insurans dan takaful penting lebih-lebih lagi produknya kini lebih meluas meliputi pendidikan, kesihatan, pelaburan serta perlindungan kemalangan.





Belalang Kupu-kupu


First di Malaysia plan yg membayar tuntutan untuk penyakit konginetal seperti:-

1. JANTUNG BERLUBANG
2. SUMBING
3. DEMAM KUNING JAUNDICE

dan lain-lain penyakit lagi.....


Menarik kan??


Oct 6, 2013

Bukan Sembarangan Adapter




Salam PruBSN.

Mr.New Kheng Chee, PruBSN’s Director of Finance says it’s all about being adaptable in today’s ever changing business climate.

Sep 30, 2013

Jom Berenang-renang Ke Tepian?


Bayangkan jika harini anda memerlukan RM50,000 untuk rawatan anak kesayangan anda? Apa yang anda akan lakukan untuk mendapatkan kos rawatan tersebut?


Situasi
*Hospital kerajaan ramai pesakit perlu tunggu berbulan-bulan untuk menerima rawatan
*Hospital kerajaan tidak boleh memilih doktor
*Insurans majikan pula limit hanya RM10,000
*Sebagai ibu/bapa anda inginkan anak cepat sembuh dan mendapat rawatan dari doktor pakar bukan doktor pelatih!
*Di hospital swasta biasanya mereka membuat pemeriksan menyeluruh dan teliti serta tindakan segera dan ini dapat menyelamatkan nyawa anak anda sebelum terlambat

Jadi soalan saya sekali lagi apa yang anda akan lakukan untuk mendapatkan RM50,000 kos rawatan anak anda?

*Gunakan Wang Simpanan? jika ada
*Gadai barang kemas
*Jual Rumah? Berapa lama untuk dapatkan pembeli, jika dapat pembeli dimana pula anda nak tinggal?
*Minta bantuan dari keluarga? Cuba telefon sekarang dan buat2 nak pinjam RM1,000 pada saudara anda lihat reaksi mereka, dan nilailah sendiri senang atau susah meminjam wang dari mereka dan bayangkan orang telefon kita minta duit senang tak kita nak bagi?

Dengan kos sara hidup yang meningkat ini, anda perlu catu perbelanjaan anda dan perkara yang paling penting dan diutamakan adalah plan perlindungan Takaful ia dapat menyelamatkan keseluruhan kewangan anda jika anda ditimpa musibah.

Kakitangan kerajaan dapat rawatan 5star di hospital kerajaan??? *selesanyaa...*

Sakit tak pilih pangkat miskin atau kaya, kerja swasta atau kakitangan kerajaan. Jika sekarang kita masih sihat dan mampu tapi tidak mahu menyimpan sebahagian pendapatan untuk kegunaan ketika sakit kelak, jangan salahkan orang lain yang taknak membantu kita bila telah di timpa musibah nanti.

Jangan menyesal tidak membuat persediaan awal, RM150,RM200,RM250 sebulan begitu sedikit dan berbaloi-baloi jika nak dibandingkan dengan manfaat yang anda akan dapat iaitu kad perubatan bernilai RM600,000 - RM4juta untuk perbelanjaan/rawatan di hospital swasta.
Bukan kita tak mampu sebenarnya....tapi kita cuma kurang kesedaran :)




Sep 27, 2013

Senyum Tak Perlu Kata Apa-apa...


Anggaran kos perubatan di Malaysia


"Kita tak perlu tunggu kaya untuk memiliki plan Takaful tapi perlu bijak menguruskan perbelanjaan."

Jika Anda SIHAT sekarang dan menangguh utk memilikinya ini adalah pilihan Anda. Bila sudah TIDAK SIHAT, permintaan pasti tinggi berkemungkinan tawaran ditutup atau perlu tapisan. Itu adalah realiti kehidupan. Mai saya bantu..jom jumpa untuk sharing idea, atau isikan feedback ada di bahagian "Contact Us".



Sep 25, 2013

Free Quotation and Consultation Here!


Name:
NRIC no.:
Email Address:
Handphone No.:
Occupation:
Annual Income (RM):
Smoking/Non-smoking:



Form provided by Freedback.

Sokong Ejen Insurans Bumiputera (non-racist articles)


KUALA LUMPUR 22 Sept. - Golongan bumiputera dilihat masih jauh ketinggalan dari segi penglibatan sebagai ejen atau individu yang mendapatkan perlindungan insurans hayat di negara ini.

Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, sokongan padu perlu diberikan kepada ejen insurans bumiputera bagi memperluas dan meningkatkan keupayaan mereka dalam industri tersebut.

Menurut beliau, usaha juga perlu dilakukan bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada golongan bumiputera berhubung kepentingan mendapatkan perlindungan insurans.

"Kita melihat golongan bumiputera khususnya golongan muda tidak menganggap perlindungan insurans sebagai keutamaan dalam perbelanjaan mereka.
"Mereka tidak meletakkan insurans dalam senarai yang perlu diambil perhatian. Jadi, saya berharap sikap dan persepsi sebegini dapat diubah bagi memastikan mereka memiliki jaminan pada masa hadapan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Ejen Insurans Hayat Bumiputera 2013 di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, jumlah ejen insurans hayat dalam kalangan bumiputera yang dicatatkan masih rendah iaitu sebanyak 12,641 orang.
Keadaan itu, menurut beliau, berbeza dengan bilangan ejen insurans dalam kalangan kaum Cina yang berjumlah 57,638 orang, manakala kaum India (10,841) kaum-kaum lain (1,392).

"Kadar penembusan pasaran insurans yang masih rendah sebenarnya membuka peluang perniagaan kepada golongan bumiputera yang ingin menjadi ejen, penasihat kewangan mahupun kakitangan bersama syarikat terbabit.
"Malah, statistik dari Jabatan Perangkaan menunjukkan sebanyak 76,200 siswazah menganggur tahun lalu. Jadi, memandangkan industri itu masih lagi mencari bakat-bakat baharu untuk menyumbang kepada pembangunan industri insurans negara, peluang ini seharusnya direbut," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Liam), Kamaluddin Ahmad berkata, kadar penembusan pasaran yang dicatat sehingga kini hanya 42 peratus dan jumlah tersebut masih jauh berbanding sasaran 75 peratus yang dicapai pada 2020.
"Masih terdapat banyak ruang dan potensi untuk kita memperluas pasaran insurans hayat supaya industri ini diterima sepenuhnya di negara ini.

"Sehubungan itu, ejen perlu mencabar diri mereka mencapai produktiviti lebih tinggi, memastikan jualan dan perkhidmatan sempurna di samping menetapkan diri ke arah matlamat pengekalan yang lebih tinggi," katanya.




Sep 23, 2013

Cagar Rumah.....Pinjam Bank?


Baiklah, daripada kita asyik nak bawa anak makan mekdi, kepsi atau cekedis. Atau asyik nak dress up beli baju mahal-mahal, apakata kita cuba carumkan RM100.00 sebulan demi masa depan dan kesihatan anak kita......


Ok....parent siapa dah ada saving RM100k dalam akaun anak-anak setiap satu silalah sambung belanja anak masing-masing. Tapi sapa yang saving sendiri pun hujung bulan isi borang withdraw silalah mencarum demi anak anda sekarang.
Inbox me for further inquiries :)

Rujuk plan PruMyChild utk perlindungan bayi anda seawal 20minggu!




Sep 22, 2013

Alkisah Helmet Arai Vs ARC






 Dua kenyataan yang sama tapi maksudnya jauh berbeza....

Kenyataan yang pernah saya dengar : Saya ambil INSURAN/TAKAFUL PERUBATAN ni dah lama, tak pernah claim pun rugilah saya.

Kenyataan yang tidak pernah saya dengar : Saya ambil INSURAN KERETA ni setiap tahun, tak pernah claim eksiden pun rugilah saya.

Kawan2 kita ambik Insuran/Takaful bukan nak claim. Tetapi PERSEDIAAN jika kita diuji dengan kesihatan atau kemalangan.

FREE Quotation dan Consultation.. PM saya selaku
perancang kewangan PruBSN Takaful :)

 

Copyright © Arzlie-Alya. Designed by Whitey Mommy