prestij sangat ke?
Kebelakangan ini, kita selalu digemparkan dengan pelbagai insiden yang menguji sensitiviti. Mula-mula tentang kes pasar raya 'terkenal' menjual ayam yang tidak disembelih, kemudian kes hotel-hotel lima bintang yang tidak mempunyai sijil halal pada premis makananya, dan kini sekali lagi kita digemparkan dengan sajian yang tidak halal oleh kebanyakan kopitiam.
Serbuan ke atas sebuah kopitiam baru-baru ini jelas menunjukkan sikap pengusaha kopitiam sendiri yang sungguh memandang enteng dengan kehendak pelanggan Muslim mereka. Malah cuba menipu pelanggan sendiri. Ia adalah satu pelanggaran etika sosial yang sungguh keji!
Sedarlah, bahan mentah terutama daging ayam diperolehi daripada pembekal bukan Islam malahan terdapat kopitiam yang turut menyajikan makanan haiwan eksotik seperti katak yang dilaporkan oleh media massa baru-baru ini. Namun kita terus tidak memandang berat insiden tersebut kerana dikelabui oleh status elit yang dibawa oleh kopitiam.
Pada kita soal halal haram amat wajar dititikberatkan. Tiada kompromi bagi restoran yang jenis seperti itu. Jangan lebih percayakan mereka yang meletakkan pelekat halal palsu serta mengupah pemuda atau pemudi Melayu [yang bertudung] sebagai pekerja mereka. Jakim sendiri turut menyediakan kemudahan menyemak status halal sesebuah kopitiam di laman webnya dalam direktori www.halal.gov.my
Terbukti hanya ada dua kopitian SELURUH MALAYSIA yang memiliki sijil halal tulen:-
PAK HAILAM KOPITIAM dan JONKER WALK KOPITIAM.
Adakah kita masyarakat Islam sendiri sudah tidak mementingkan halal atau haram sesuatu makanan?
Kasihanilah generasi muda kita yang akan rosak jiwanya kerana terus menikmati makanan tidak halal dan menjadi darah daging mereka, kita harus bertindak "mengajar" kopitiam seluruh negara agar menghormati kedudukan halal makanan orang Islam!
sedap sangat ke?
0 komen:
Post a Comment